tag:blogger.com,1999:blog-87365126854267196872024-03-08T14:56:10.584-08:00Dunia FadhlinaKompilasi posting nota dan status Pn. Fadhlina Sidek dari Facebook MShttp://www.blogger.com/profile/09038572565335870863noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-8736512685426719687.post-2935052929679735482013-06-10T21:43:00.000-07:002013-06-10T21:43:12.657-07:00Mungkin relevan...

ENAKMEN 1 TAHUN 1988

ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988

Seksyen
6. Kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa
ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia---

(a) mengunjungi; atau

(b) mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengan; atau

(c) dengan apa-cara lain pun menghubungi,

seorang
berugama Islam bagi maksud mendedahkan orang berugama Islam itu kepada
apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.

(2)
Seseorang yang melakukan kesalalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh,
apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya
sekali.

on Friday, August 5, 2011 at 11:21pm

MShttp://www.blogger.com/profile/09038572565335870863noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8736512685426719687.post-52331522326158093102013-06-10T21:41:00.000-07:002013-06-10T21:44:26.003-07:00Apa anda benar-benar peduli tentang isu Murtad?

Pengalaman mengendalikan kes Murtad bukanlah kebanggan bagi
seorang peguam yang beragama Islam. Malah dilema terbesar bagi seorang
peguam dalam mengendalikan kes-kes seperti ini adalah isu apakah kita
mempunyai undang-undang yang selengkapnya untuk menahan seseorang
daripada murtad?Atau kita memilih untuk bersetuju bahawa kebebasan
beragama adalah hak mutlak setiap individu sebagaimana kefahaman
masing-masing dalam mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan.

Saya
tidak berhasrat untuk membincangkan isu hukum murtad secara tuntas
mahupun memberikan reaksi terhadap kenyataan YB Menteri Agama berkaitan
statistik orang yang telah murtad di seluruh Malaysia. Cukuplah catatan
ini dibaca dan dipertimbangkan dengan penuh kepedulian secara
holistik,bukan untuk menunding kesilapan dan kelemahan mana-mana
institusi.

Seseorang yang berhasrat untuk murtad boleh
mengemukakan permohonan bagi pengesahan statusnya samada seliau adalah
seorang Islam ataupun tidak di Mahkamah Syariah. Ada beberapa kategori
permohonan yang perlu ditanggapi dengan situasi yang berbeza kerana
bukan semua permohonan yang dikemukakan adalah permohonan untuk keluar
daripada Agama Islam (sila ambil perhatian ya Pak Menteri!).Ada di
antara pemohon-pemohon ini asalnya memang seorang Islam, Muallaf atau
memang bukan Islam dari asal.Ada juga yang tidak tahu bahawa mereka
sebenarnya adalah Islam secara fitrah walaupun dibesarkan di dalam
persekitaran keluarga yang bukan Islam. Oleh yang demikian, Mahkamah
Syariah mempunyai bidangkuasa untuk menentukan status pemohon-pemohon
tersebut mengikut kategori yang dinyatakan dan saya tegaskan sekali
lagi, bukan semua permohonan yang diluluskan adalah permohonan Murtad.

Tidak dinafikan terdapat kelemahan yang ketara dalam prosoding kes
seperti ini kerana setiap Mahkamah tidak mengamalkan prosedur yang sama.
Contohnya di Pahang, kes murtad boleh dipohon secara ex-parte (sebelah
pihak) sedangkan di negeri-negeri lain, ia mesti dimulakan dengan Saman
dan Penyata Tuntutan.

Cukup setakat itu tentang prosedur,
kerana ada aspek fundamental yang lebih penting yang gagal diuruskan
oleh semua pihak! Ya, semua pihak..termasuk saya dan anda semua, juga
institusi agama dan dakwah di Malaysia. Bagi permohonan untuk keluar
Islam, pihak-pihak ini perlu melalui proses istitabah atau rundingcara
aqidah dalam beberapa tempoh sehingga Mahakmah benar-benar yakin dan
pasti akan komitmen pihak ini terhadap agama Islam. Bukannya mudah bagi
Mahkamah untuk mengeluarkan sebuah perintah dengan menyatakan bahawa
seseorang itu bukan lagi seorang Islam. Ia mengambil masa bertahun-tahun
dan hanya akan disahkan selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan
Mufti yang mengendalikan proses istitabah tersebut. Oleh yang demikian,
tanggapan bahawa Mahkamah syariah begitu mudah memurtadkan seseorang
adalah tanggapan yang salah dan saya memilih untuk tidak bersetuju
dengan kenyataan YB Menteri Agama yang menggunakan perkataan
"meluluskan" permohonan murtad kerana ia mengundang salah tafsiran bagi
masyarakat umum yang tidak tahu-menahu langsung prosedur berkaitan kes
ini.

Bagi saya, pengalaman setahun jagung mengendalikan
permohonan-permohonan sedemikian di Mahkamah Syariah telah benar-benar
menduga profil saya yang menganggotai sebuah badan dakwah terbesar di
Malaysia. Apa tidaknya, setelah mendalami prosedur, isu-isu,
undang-undang, kelemahan dan kekuatan yang ada, nyata kelemahan dakwah
kita sangat menyumbang kepada gejala ini. Ketepikan isu menyalahkan
gerakan kristianisasi atau hinduisme, kerana nyata kita juga tidak
menjalankan tugas sebagai daie dengan baik. Seawal mereka memeluk Islam,
mereka hanya diberitahu tentang bila kad islam akan siap atau bila
mereka boleh berkahwin tetapi tidak ditanam soal tauhid dan
kepentingannya. Malah yang lebih meruntun dhamir saya adalah kerana
kegagalan kita menjadi duta akhlaq Ar Rasul SAW!

Tugas
dakwah semakin terhad kepada badan dan NGO dakwah sahaja sedangkan ia
tanggungjawab asas bagi seorang Muslim. Komitmen tauhid yang longgar
menyebabkan kita hampir tidak tahu apa sebenarnya tanggungjawab kita
terhadap agama sendiri.Pengalaman bersama teman-teman terpelajar di
negeri Selangor semasa sesi memurnikan prosedur Istitabah, Peraturan
Muallaf dan menghadiri prosiding di Mahkamah, sudah cukup bagi saya
menilai prestasi dakwah dan komitmen umat Islam terhadap isu ini.

Polemik ini akan berterusan,cukuplah dengan momokan yang mengerikan,
hadirlah dalam realiti dengan penuh kesedaran.Isu ini memerlukan
komitmen dan kepedulian!Lina joy hanya cebisan perjuangan yang
ditinggalkan, rantaian masalah yang timbul selepas kes Lina Joy lebih
banyak daripada apa yg kita raikan di Mahkamah Persekutuan!

on Wednesday, June 15, 2011MShttp://www.blogger.com/profile/09038572565335870863noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8736512685426719687.post-67264522385833356312013-06-10T21:39:00.003-07:002013-06-10T21:44:11.066-07:00APA PERLU ANDA BUAT JIKA DITANGKAP POLIS?Bahagian 1

1. Jangan panik.Tenang dan fahami hak anda sebagaimana jaminan Perlembagaan.

2. Jika polis yg menangkap tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasa.

3. Jika kad kuasa berwarna "merah" bermakna anggota itu digantung tugas dan tiada kuasa terhadap anda. Aaikan anggota itu.

4.Pastikan anda mencatat nama,nombor ID dan plat kereta polis-penting untuk didakwa di mahkamah.

5.Tangkapan "tidak sah" jika polis tidak memberitahu alasan tangkapan.

6.Semasa
tangkapan,polis tidak berhak memukul atau merampas barangan peribadi
anda termasuk dompet, telefon bimbit dll kecuali apabila dibawa ke
lokap.

7. Semasa ditangkap pastikan anda dibawa ke balai polis yang sama seperti disebut. Bantah jika dibawa ke tempat lain!

8.Semasa
ditangkap anda berhak membuat panggilan telefon kepada KELUARGA,RAKAN
ATAU PEGUAM-Maklumkan masa, tempat dan lokasi anda dibawa.

9.Tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja!

10.
Jika lebih daripada 24 jam-polis akan bawa anda di hadapan
Majistret-pastikan anda tahu nama dan pangkat polis yg menyoal anda.

11.
Jika tidak tahu menjawab-gunaan hak anda untuk berdiam diri dengan
berkata-SAYA MENGGUNAKAN HAK BERDIAM DIRI DI BAWAH SEKSYEN 112(2) ATAU
SAYA MENGGUNAKAN HAK BERDIAM DIRI DAN AKAN MENJAWAB DI MAHKAMAH.

12.Jika diugut atau dipaksa memberikan kenyataan-anda berhak membuat laporan polis.

13. Jika dihadapkan ke Mahkamah anda disaran MENGAKU TIDAK BERSALAH DAN MOHON DIBICARAKAN.

14.
Anda berhak dilepas dengan ikat jamin Mahkamah megikut Seksyen 29 Kanun
Acara Jenayah dan boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan
mengemukakan bilangan tanggungan anda.

on Friday, July 8, 2011

Bahagian 2

1. Jika
anda dipanggil ke Balai Polis untuk memberikan keterangan, pastikan
anda tidak hadir sendirian!Bawa bersama sekurang-kurangnya seorang rakan
atau PEGUAM.

2. Buat Laporan Polis terlebih dahulu dengan
menyatakan bahawa anda hadir ke balai polis bersama rakan anda untuk
memberikan keterangan/membantu siasatan-pastikan anda menyatakan juga
bahawa anda tidak mengalami sebarang masalah MENTAL@TEKANAN PERASAAN
& BEBAS DARI HUTANG PIUTANG!

3.Pastikan anda membuat dua (2)
salinan Laporan Polis tersebut dan berikan satu salinan laoran polis
tersebut kepada rakan anda. Satu salinan lagi hendaklah dilipat dengan
kemas dan disimpan di dalam poket anda.

4. Ketika rakan anda
meninggalkan anda di balai tersebut, pastikan bahawa rakan anda adalah
orang terakhir yang melihat anda DALAM KEADAAN MASIH HIDUP TANPA
SEBARANG KECEDERAAN!

5. Pastikan anda fokus kepada soalan dan elak berbual kosong kerana ia adalah taktik untuk melekakan anda.

6.Jangan tunduk kepada tekanan dan soalan manipulasi- gunakan hak anda untuk berdiam diri an dibicarakan di Mahkamah.

on Saturday, July 9, 2011

MShttp://www.blogger.com/profile/09038572565335870863noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8736512685426719687.post-44734440012392917682013-06-10T21:38:00.003-07:002013-06-10T21:44:56.811-07:00Warkah 1- Hayya Ramadhan al-kareem!!!Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

Ke hadapan Kekanda/ rakan / adinda HELWA yang dikasihi sekalian,

Ketika
warkah ini melintas pandangan kalian pastinya saya adalah orang yang
terakhir mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-kareem. Masih belum
terlewat juga rasanya untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kehadiran kalian di Muktamar yang lepas dengan rasa cinta terhadap
wadah dan rasa kesetiaan kepada risalah perjuangan dengan niat yang
tulus untuk turut memberikan saham semaksimanya ke arah keberkesanan
wadah dan keberhasilan risalah. Semoga Allah berkenan melimpahkan rahmah
barakahnya ke atas setiap langkah perjuangan kita untuk terus li ‘i’
lai kalimati Llah.
Saya juga berharap agar spirit ramadhan al-mubarak
ini akan terus dibugar dan menyemarakkan lagi semangat ukhuwwah kita.
Begitu juga hendaknya dengan ibadah intensif kita di sepanjang Ramadhan
ini – siyamana wa qiyamana wa ruku ‘ana wa sujudana wa takhasshu’ana wa
tadarru’ana wa ta’abbudana- Moga kita benar-benar mendapat ganjaran
sebagai orang yang berpuasa dan sekaligus melayakkan kita memenuhi
harapan la’alakum tattaqun. Semoga Ramadhan dengan segala hikmah
tarbawiyahnya akan menambah keupayan kita menggarap amal islami dengan
jiwa yang bersih serta mendapat rahmat pahala seribu tahun di malam
laylatul qadr yang tidak terungkap kenikmatannya.

Ukhtie HELWA yang dihormati sekalian,

Dalam
suasana gawat dengan penularan virus H1N1 yang kian tenat , saya
menyeru agar rakan-rakan turut menitikberatkan soal penjagaan dan
kebersihan diri. Malah saya juga mengesyorkan agar rakan-rakan mengikuti
perkembangan serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan penularan
influenza yang cukup mara bahaya ini dari semasa ke semasa. Saya juga
mendoakan agar Allah SWT menjauhkan diri kita daripada wabak serta bala’
ini agar tugas kita sebagai daie dan jurubicara ummat boleh diteruskan
tanpa halangan merentasi sempadan dan zaman.

Ukhti HELWA yang dirahmati Allah sekalian,

Ketika
lembaran ini dicatatkan di skrin komputer riba saya, tiada perkataan
yang mampu menggambarkan perasaan saya kerana sudah hampir 3 minggu saya
ditaklifkan dengan jawatan Naib Presiden HELWA ini. Gawat sungguh
perasaan ini apabila menerima amanah ini walaupun saya sedar saya
bukanlah pilihan yang terbaik. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada
kebijaksanaan syura kerana saya percaya barakah Allah SWT ini hadir
bersama syura. Saya juga menerima amanah ini dengan jaminan kekuatan
rakan –rakan jemaah yang lain dan untuk rekod peribadi saya untuk
menjadi manusia yang lebih baik. Nyata Allah SWT punya perancangan dan
ujian tersendiri untuk saya,mungkin ini juga jawapan kepada munajat saya
kepadanya sewaktu dirisik untuk jawatan ini, pinta saya kepadanya,
“Duhai kekasih, andai kiranya aku terima jawatan ini dan ia akan
menjadikan aku manusia yang lebih baik di sisimu, maka kau permudahkan
urusan jemaahku, namun andai aku tidak layak berada di situ, kau
hadirkanlah insan lain yang lebih baik dari aku untuk memimpin ummat
ini, sesunguhnya hanya engkau yang maha mengetahui.”

Ukhti sekalian,

Ujian
pertama untuk menundukkan altar ego sendiri dengan menerima jawatan ini
telah saya tempuhi, hadir ujian kedua yang nyata lebih getir adalah
untuk mengukuhkan kembali kerangka keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH
setelah ikatan kekeluargaan ini digugat amuk badai yang sedikit
sebanyak melukakan perasaan , menghiris dhamir dan menggoyah serta
meratah jiwa ukhuwwah yang kian merapuh angkara rasa husnu zan yang
menjauh. Saya percaya masih ada emosi yang harus disantuni dan keluhan
hati yang memerlukan perhatian kerana keluarga besar ini sudah membesar
jalurannya dan kian mencapah sifatnya.
Dalam kita menyantuni
hati-hati yang terusik ini, jangan sesekali kita meneladani perbuatan
khianat yang hampir merosak ikatan ukhuwwah ini, ya kita bisa berbeza
pandangan, tapi kita punya adab kesopanan, ya kita punya pandangan
ijtihadiyy, tapi jangan lupa kekuatan ijtihadiyy jamaiyy. Nah, tidak
salah kita melontarkan vokal untuk kebaikan ummat, tapi kita harus
bersatu “with single heart”. Mungkin ini ujian buat gerakan kita setelah
sekian lama kita merasa complacent dengan sosok haraki ini.

Ukhti yang dikasihi seklian,

Gerakan
Islam yang matang serta dewasa tidak selamanya hanya berfungsi sebagai
kumpulan pendesak semata (pressure group) tetapi harus punya orientasi
problem solving, mampu menawarkan formula-formula berkesan untuk
menyelesaikan masalah ummat dengan praktis dan pragmatik. Kita harus
punya program Islam yang komprehensif sebagai jawapan amali terhadap
masalah-masalah masyarakat. Di awal tahun ini sahaja, isu arak,
pembuangan bayi dan masalah sosial yang lazim dalam masyarakat termasuk
jenayah ragut menunjukkan peningkatan indeks jenayah yang melibatkan
ummat Islam. Kita juga dipandu dengan perkembangan politik Negara yang
sedikit sebanyak telah mengubah lanskap politik Negara selepas PRU 12
yang lalu. Perkembangan nasional ini punya implikasi tertentu buat kita,
lantas peranan kita harus lebih terkesan sebagai partner in nation
building, tidak kira dengan partai mana sekalipun kerana prioriti kita
adalah kepentingan ummah yang harus didahulukan di sertai dengan
kredibiliti jemaah yang menjadi keutamaan.

Ukhti yang dihormati sekalian,

Akhir
kalam penutup catatan, bersempena dengan Muktamar yang ke 38 yang lepas
berserta dengan kepimpinan yang baru, marilah kita bersama membaharui
dan memperteguh keyakinan dan kesetiaan kepada wadah ABIM ini dengan
segala ghayah dan wasilah yang telah kita sepakati bersama. Seluruh
pendokong wadah ini harus benar-benar memahami erti dan peranan harakah
ini agar kita bisa berperanan dan bergerak mengikut nada yang sempurna
dan tidak sumbang. Kita bukan rangkaian tabligh dalam erti yang sempit,
kita punya madrasah tarbiyyah sendiri, kita bukan sekadar badan
kebajikan pengumpul dana mangsa kecelakaan, kita punya tanggungjawab
prihatin untuk membudayakan suasana fa’astabiqul khayrat-perlumbaan
sihat mengejar kebajikan, kita bukan parti politik pemburu undi, tetapi
kita punya jiwa negarawan yang punya cita dan citra untuk menjadikan
tanahair ini baladatun toyyibatun, wa rabbun ghaffur, kita juga bukan
sekadar badan koperasi ekonomi pengaut laba.Kita adalah harakah
islamiyyah pelanjut tugas risalah samawiyyah yang serba lengkap. Kita
adalah pendakwah, pentarbiyyah, juru islah, pembela kaum mustad’afin,
pejuang ekonomi ummat, kita juga punya peran sebagai tenaga politik
non-partisan, kita adalah juara perdamian mejadi faktor pemersatu ummat
dan jangan dicabar jiwa pendekar kita kerana kita bisa meraksa hebat
menjadi penggempur di medan pertarungan andai ada yang cuba mencabul
kedaulatan Islam!

Moga saya tidak keseorangan dalam perjuangan
ini, bagi rakan-rakan yang sudah lama berehat, mulakan proses warming up
untuk mengembalikan synergy anda, bagi yang sudah bangkit dengan
perlahan, tambahakan factor isotonic agar anda lebih cergas, bagi yang
semakin laju di lapangan, kekalkan momentum anda dan sekali-sekala ambil
peluang untuk memperkasa ilmu dengan tafaqquh fid- deen.

Terima
kasih di atas masa dan lintasan mata kalian untuk membaca warkah ini.
Moga ada perkara yang dapat dimaanfaatkan bersama. Setiap saat yang kita
harungi ini adalah untuk Islam, setiap nafas yang kita hela setelah
lelah kepenatan adalah untuk ummat, setiap langkah yang diayun untuk
mengisi program masyarakat adalah langkah pejuang nurani ummat. “Coming
together is a beginning, staying together is progress and working
together is success! Hayya bina! Allahu Akbar!
Sekian, terima kasih.
Wassalam,
Ukhtikum fi l- islam,
Fadhlina Siddiq
Naib Presiden ABIM (HELWA)

on Thursday, August 20, 2009 MShttp://www.blogger.com/profile/09038572565335870863noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8736512685426719687.post-25201432584405994882013-06-10T21:37:00.001-07:002013-06-10T21:43:24.533-07:00"ORANG KECIL, ORANG BESAR"

Orang kecil jika ikhlas diperas

Jika diam ditikam

Jika protes dikentes

Jika usil dibedil

Orang kecil jika hidup dipersoalkan

Jika mati tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar

Bahagiannya selalu besar

Orangbesar jujur-tak jujur makmur

Benar-tak benar dibenarkan

zalim-tak zalim dibiarkan

Orang besar bolah bicara semaunya

orang kecil paling jauh dibicarakan saja

Orang kecil jujur dibilang tolol

Orang besar tolol dibilang jujur

Orang kecil berani dikata kurangajar

Orang besar kurangajar dikata berani

Orang kecil mempertahankan hak

disebut pembikin onar

Orang besar merampas hak

disebut pendekar

on Friday, November 26, 2010 at 2:22pm MShttp://www.blogger.com/profile/09038572565335870863noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8736512685426719687.post-13036916536731846762013-06-10T21:36:00.004-07:002013-06-10T21:45:15.306-07:00Puisi petikan oleh Rendra- SAJAK SEORANG TUA DI BAWAH POHON

sebahagian bait puisi petikan oleh Rendra-

SAJAK SEORANG TUA DI BAWAH POHON- menterjemah isu hak asasi kemanusiaan

Aku mendengar orang berkata

"hak asasi manusia tidak sama di mana-mana.

Di sini, demi iklim pembangunan yang baik,

Kemerdekaan politik harus dibatasi.

Mengatasi kemiskinan

meminta pengorbanan sedikit hak asasi."

Astaga, tahi kerbo apa ini!!

Apa disangka kentut bisa mengganti rasa keadilan?

Di negeri ini hak asasi dikurangi

justeru untuk membela yang mampu dan kaya

Buruh , tani, nelayan, wartawan dan mahasiswa

dibikin tak berdaya

O, kepalsuan yang diberhalakan'berapa jauh akan bisa kau lawan kenyataan kehidupan.

on Friday, November 26, 2010

MShttp://www.blogger.com/profile/09038572565335870863noreply@blogger.com0